Peralatan Asas Memulakan Perniagaan Cetak T-Shirt di Rumah

0
3699

Bisnes pencetakan adalah lumayan-anda boleh menghasilkan ribuan ringgit jika betul dan kena caranya.

Permintaan pasaran (market demand) sentiasa ada jika berjaya memenuhi kehendak masyarakat. Tak salah jika hanya mahu mula berjinak-jinak dari rumah kerana ianya lebih baik dan kurang risiko disamping menjimatkan modal sewa. Berikut adalah bahan asas jika mahu memulakan perniagaan t- shirt dari rumah.

Software

STEP 1 DESIGN

Adobe photoshop, Adobe Illustrator, Microsoft Word dan Paint. Anda boleh menggunakan perisian mana-mana yang ada untuk menghasilkan rekaan untuk diletakkan pada baju.

Teflon Paper

teflon-sheet-266x213

Teflon paper merupakan sejenis kertas yang digunakan sebagai alas antara objek dan mesin heat press. Ia mengelakkan daripada rekaan melekat pada permukaan mesin dan membantu mencantik dan meratakan rekaan. Set press tersebut kepada masa, suhu dan tekanan yang sesuai dan. Apabila anda sudah selesai press, tunggu sehingga masa yang disyorkan untuk mengalihkan teflon paper tersebut.

Vinyl

vinyl gltter copy

Vinyl adalah sejenis plastik yang menghasilkan cetakan 2D pada baju. Ia mempunyai pelbagai warna dan jenis. Selepas anda memotong vinyl, lebihan yang tidak diperlukan perlu dibuang sama sekali.

Sublimation paper

paper

Manakala, sublimation paper pula ialah kertas yang akan menghasilkan cetakan gambar berwarna pada baju. Berbeza dengan vinyl, sublimation paper Ia perlu dicetak dahulu pada inkjet printer mengikutgambar yang dikehendaki. Dakwat cetakannya akan tertinggal pada material kain tersebut.

Dark Transfer paper

Bagi material ini, Dark Paper akan melekat terus pada kain seperti vinyl.

Vinyl cutter

PREMIUM BLADE  2

Mesin cameo adalah sejenis alat khas untuk memotong vynil dan kertas lain mengikut bentuk yang dikehendaki. Apabila anda menghantar imej vektor kepada mesin cameo, ia memotong hanya laluan di atas lapisan vinyl yang diarahkan. Kekuatan tekanan dan kelajuan mata pisau perlulah diselaraskan mengikut ketebalan dan jenis material.

Mesin heat press

mesin cetak serbaguna copy

Mesin ini bertanggungjawab memastikan rekaan melekat pada baju menggunakan tetapan haba dan masa yang sesuai.

Lawati www.usahawan.com untuk ketahui lebih lanjut peluang perniagaan baru untuk peniaga kecil & sederhana. Kami juga menawarkan pakej-pakej pencetakan untuk tshirt dan cenderahati yang membantu menjimatkan kos anda!