CARA HADAPI GUGUP SEMASA MEMBUAT PEMBENTANGAN DI DALAM KELAS ATAU SEMASA BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI UNTUK PELAJAR UNIVERSITI

Pernahkah anda mengalami situasi gugup atau ‘nervous’ ketika berhadapan dengan ramai orang? Sejauh mana ia akan mempengaruhi kualiti percakapan anda untuk berkomunikasi? Bagaimana untuk berhadapan dengan situasi gugup ini? Bagi yang bergelar pelajar universiti, tentunya aktiviti pembentangan sering dilakukan kerana menjadi keperluan untuk menyampaikan apa yang telah dipelajari kepada rakan-rakan sekelas. Tapi, jika anda gugup semasa melakukan pembentangan, tentunya akan menyukarkan rakan sekelas anda untuk memahami ilmu yang disampaikan. Jadi, berikut dikongsikan antara cara yang mungkin anda boleh praktikkan selepas ini.

  1. Membuat Persediaan Awal
  • Adakah anda seorang yang sering melakukan sesuatu tugasan pada saat-saat akhir atau dipanggil sebagai kerja ‘last minute’? Jika ya, maka anda perlu mengubahnya bermula daripada sekarang. Ini kerana, jika anda melakukan persiapan di saat-saat akhir, anda akan menjejaskan kualiti penyampaian ketika membuat pembentangan di dalam kelas. Jadi, anda akan berasa serabut dan mula rasa gugup. Maka, pentingnya untuk anda melakukan persediaan awal untuk mengelakkan rasa gugup ini.
  1. Membuat Nota Kecil untuk Rujukan
  • Dalam hal ini, anda tidak perlu menyalin semua isi yang ingin disampaikan atau membuat skrip penuh semasa bercakap. Ini kerana, akan mendorong anda untuk hanya melihat skrip sahaja pada masa itu. Jadi, anda digalakkan untuk menulis isi-isi penting sahaja dalam kertas yang kecil. Untuk permulaan, anda boleh melakukan ini supaya akan berasa lebih yakin untuk menyampaikan maklumat.
  1. Fokus Tentang Apa yang Mahu Disampaikan
  • Ini merupakan antara perkara yang paling penting yang anda perlu praktikkan. Jika anda seorang yang pemalu atau sering gugup ketika berkomunikasi dengan orang, anda perlu ketepikan itu semua kerana apa yang perlu disampaikan adalah lebih penting. Anda perlu berfikir begini, jika anda nervous dan suara anda tersekat-sekat, bagaimana pendengar akan mendapatkan maklumat dengan tepat? Maka anda perlu fokuskan tentang apa yang anda ingin orang faham mengenai maklumat yang disampaikan.
  1. Praktis Bercakap Depan Orang Ramai
  • Untuk ini, anda digalakkan untuk menyertai apa-apa program yang dianjurkan di universiti anda. Dalam program tersebut, anda akan didedahkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan ramai orang. Jika anda merupakan ahli jawatankuasa, ini merupakan suatu peluang yang bagus untuk anda praktikkan. Jadi, rebutlah peluang itu!
  1. Banyakkan Membaca
  • Amalan membaca merupakan suatu amalan yang patut dipraktikkan oleh generasi masa kini. Ini kerana, kita akan dapat meningkatkan ilmu dalam diri dan juga boleh berkongsi ilmu tersebut dengan orang ramai. Jika anda bercakap di hadapan ramai orang, tentunya mudah untuk anda kongsikan ilmu yang anda pelajari.

Kesimpulannya, anda boleh mempraktikkan semua tips atau cara yang dikongsikan untuk menyelesaikan masalah gugup anda. Jadi, jangan gentar untuk mencabar diri anda melakukan usaha ini! Semoga bermanfaat.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain