Cara Untuk Menggunakan Mesin Heat Press Untuk Mencetak Baju

0
159

Mesin t-shirt heat press merupakan salah satu mesin yang digunakan khusus untuk menghasilkan cetakan pada t-shirt untuk pelanggan.

Sama ada anda berfikir untuk menambah heat press kepada perniagaan anda yang sedia ada atau memulakan perniagaan pakaian bersesuaian dengan kehendak anda sendiri, berikut adalah panduan mudah untuk menggunakan cara heat press t-shirt anda.

Bagaimana nak guna Heat Press anda?

1.Onkan mesin heat press. Mesin heat press kebanyakannya sesuai dengan soket plug elektrik di rumah yang standard. Tidak perlu membuat pendawaian yang berbeza. Cuma masukkan plug dan on kan suis.

2.Tetapkan suhu. Laraskan tetapan termostat ke suhu yang diperlukan.

3.Tetapkan pemasa. Bergantung pada jenis transfer paper, ink dan bahan yang ingin dicetak, anda boleh menentukan masa dari 45 saat hingga 5 minit.

4.Buka tombol press. Letakkan t-shirt dengan bahagian yang ingin dicetak menghadap ke atas.

5. Preheat atau Pre-press pakaian anda. Merupakan langkah optional. Ia bertujuan untuk mengeluarkan kelembapan yang berlebihan atau meratakan lipatan pada permukaan t-shirt.

6.Area transfer. Letakkan transfer paper pada baju dengan kedudukan menghadap ke bawah. Anda boleh menggunakan t-square, alat penyelarasan atau template bagi memastikan setiap transfer paper diletakkan dengan betul.

7.Tutup tombol press. Pastikan pemegang heat press press tertutup kukuh di tempatnya. Sesetengah model menggunakan tekanan udara untuk membantu menutup dan membuka heat press t-shirt.

8.Mulakan pemasa. Pemasa anda boleh bermula secara automatik

9.Buka press. Setelah pemasa tamat, buka penutup platen heat press dan tarik keluar transfer paper dari baju anda. Beberapa jenis heat press akan terbuka secara automatik apabila pemasa tamat.

Tips dan Trik Heat Press T-Shirt


 Tunggu 24 jam untuk t-shirt kering sebelum dicuci.

 Sekiranya selesai press kali pertama, tekan semula tombol selama 5-10 saat lagi.

 Selalu menguji printer anda. Anda boleh menggunakan sehelai kertas biasa untuk menguji hasil cetakan rekabentuk designanda. Ujian ini memastikan supaya imej yang ingin dicetak lebih sempurnadan memberi anda gambaran yang baik mengenai bagaimana produk akhir akan kelihatan.

Sentiasa berlatih. Anda harus selesa dengan mesin heat press t-shirt untuk memastikan tiada kesilapan sebaik sahaja anda mula menerima pesanan pelanggan.