Cetakan T-Shirt Dengan PU Korea Vinyl Sticker

0
977

PU Korea Vinyl Sticker; murah dan tidak mudah koyak. Ia sesuai digunakan dalam pembuatan jersi, T-shirt, baju panas, beg sandang dan sebagainya. Mereka yang sudah kecimpung dalam pembuatan jersi bola sudah tentu tahu tentang PU. Bahan ini digunakan untuk membuat cetakan nombor dan nama pemain. Bahan PU yang lazim digunakan untuk membuat jersi buatan Thailand (paling menyerupai kualiti original) adalah PU China.

 

Artikel ini memperkenalkan produk baru dari Korea yang tahan lebih lama daripada PU China. PU Korea Vinyl Sticker ini ditawarkan dengan harga RM25  semeter (lebar 50cm) dan serendah RM500 (1 roll 25 meter).

 

PU Korea Vinyl Sticker bukan hanya sesuai digunakan dalam pembuatan jersi bola. Malah ia juga sesuai digunakan dalam pembuatan jaket, beg sandang, baju panas/hoodie dan lain-lain.

 

Kerana harganya yang murah, PU Korea Vinyl Sticker ini sesuai bagi anda yang menjalankan home industry; khususnya yang menghasilkan T-shirt, baju seragam pasukan futsal (pesanan satu dozen ke bawah), hiasan sarung bantal, pembuatan apron, dan sebagainya.

 

Langkah-langkah penghasilan cetakan t-shirt dengan PU Korea Vinyl Sticker

1. Sediakan bahan mengikut ukuran yang diperlukan; potong mengikut kehendak dengan menggunakan mesin cutting sticker.

2. Panaskan bahan yang akan dicetak (t-shirt, jersi, jaket, baju panas/hoodie, dan sebagainya) menggunakan mesin heat press selama 2 – 5 saat untuk membuka liang-liangnya.

3. Letakkan PU Korea Vinyl Stickeryang sudah dipotong ke atas bahan yang akan dicetak.

4. Tekan selama 10 saat dengan mesin heat press pada suhu antara 135 – 140 darjah Celsius (bergantung dengan bahan yang digunakan)

5. Sejukkan bahan yang sudah dicetak, dan tekan lagi selama lebih kurang 3 saat.
Mudah dan cepat, kan? Sila hubungi kami jika anda berminat untuk membeli PU Korea Vinyl Sticker. Kami menyediakan diskau khas bagi anda yang berminat untuk menjadi reseller.

Tunggu apa lagi?