Kelebihan dan Kelemahan Pemasaran Twitter

0
442

Lebih daripada 57% syarikat menggunakan Twitter sebagai satu daripada strategi media sosial dan majoritinya mengatakan bahawa semenjak menggunakannya, jualan telah meningkat.

Biasanya perniagaan kecil mempunyai akaun dan mempromosikan jenama dan produknya. Tetapi sebenarnya Twitter menjadi lebih sebagai media bacaan (social media to read) dan bukannya untuk dibaca (being read). Syarikat besar seperti Verizon atau Samsung telah menyedari hakikat tersebut, mempromosikan jenama mereka dengan mengendalikan akaun promosi atau tweet promosi. Tetapi kaedah ini ada kelemahannya: kos. Sebelum 2013, tweet yang dipromosikan berkos $0.05 setiap kali orang ramai menandanya sebagai kesukaan (favourite) atau dikomen (commented). Jumlah kos besar strategi sosial sebegini tidak mungkin dilaksanakan oleh SME (small and medium enterprises).

Twitter menyedari hal tersebut dan kerana itu lewat March lepas ia telah melancarkan platform layan diri di Amerika Syarikat. Ideanya ialah, syarikat-syarikat boleh membeli secara lansung ruang iklan dengan media sosial tersebut. November lepas Twitter turut membuka platform ini kepada SME di Kanada, Ireland dan UK, dengan hasrat untuk memperluaskannya ke lebih banyak negara dalam 2014.

Strategi yang dilancarkan dengan bantuan usahasama (partners) dengan O2 atau American Express, yang menawarkan kepada ahli-ahlinya $50 atau $100 kredit masing-masingnya, untuk tujuan membeli tweet promosi atau akaun. Lebih-lebih lagi O2 turut membantu pelanggannya dengan memberi cadangan bagaimana untuk membangunkan strategi media sosial mereka berdasarkan pengalamannya sebagai sebuah syarikat besar.

Di sini anda boleh mendapatkan kelebihan penggunaan platform iklan Twitter:

Ia merupakan cara yang lebih murah untuk membuat promosi, syarikat hanya membayar, seperti yang kita telah kita katakan, jika ianya dikongsi atau jika ia dikomen. Twitter tidak akan mengenakan caj kepada syarikat-syarikat atas penggunaan organik akaun mereka.

Twitter menggunakan algoritma yang memaparkan iklan kepada kumpulan pengguna tertentu, supaya syarikat tidak perlu mencari di dalan rangkaian sosial siapa yang boleh disasarkan; pihak lain yang mempunyai lebih kepakaran dan sumber akan melakukannya.

Di kebanyakan negara, pengguna SME dibimbing oleh syarikat-syarikat yang lebih besar secara percuma untuk tujuan mempromosikan platform tersebut.

Syarikat-syarikat yang dapat menetapkan dari awal jumlah yang mereka mahu belanjakan supaya Twitter dapat mengedarkan wang dan mengelola promosi berdasarkan jumlah tersebut.

SME akan memantau keputusan pelaburan mereka.

Tetapi perkhidmatan ini bukan hanya ada kelebihan sahaja, malah terdapat beberapa kelemahan:

Walaupun dinyatakan dalam laman webnya, Twitter tidak menerangkan dengan jelas berapakah harga untuk tindakan (action) tertentu. Memang diketahui bahawa ianya berdasarkan sistem bit, tetapi setakat itu sahaja. Ianya tidak mudah difahami.

Biasanya SME tidak beroperasi di seluruh dunia, jadi adalah penting sekali untuk merancang di wilayah mana iklan tersebut akan dipaparkan.

Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa platform ini akan membantu syarikat kecil untuk berkembang dan meningkatkan jualan. Tetapi kesilapan yang biasa dibuat adalah syarikat-syarikat cenderung untuk berhenti “mendengar” pelanggan mereka dan hanya menumpukan pada promosi. Sepatutnya Twitter digunakan untuk melakukan promosi dan menyelesaikan masalah yang tidak dapat dikesan atau diselesaikan secara offline, seperti perkhidmatan pelanggan.