Kepentingan Dana Untuk Waktu Kecemasan

0
308

Simpanan wang atau dana untuk keperluan kecemasan sering ditekankan dalam hal kewangan. Dana kecemasan dapat membantu kita mengatasi masalah ketika berlaku perkara-perkara yang tidak dijangka dan memerlukan belanja segera.

Penyediaan dana kecemasan sememangnya penting. Pengiraannya juga mudah dan tidak sesukar membuat penyata kira-kira. Anda hanya perlu menganggarkan dana kecemasan setelah mendarabkannya dengan perbelanjaan bulanan.

Selain itu, dana kecemasan berguna bila dikumpul dalam jumlah besar, di mana kita dapat menjadikannya sebagai modal perniagaan, tanpa perlu melakukan pinjaman terlebih dahulu dan tanpa perlu berhutang.

Sesetengah orang mampu mengumpul dana kecemasan sehinggakan dana itu dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan. Perkara sebegini boleh berlaku sekiranya anda membuat kiraan dana kecemasan dengan betul.

Apakah yang perlu anda buat untuk mengumpul dana kecemasan?

 

  1. Kira Dana Kecemasan yang Diperlukan

Anda perlu mengira dengan terperinci jumlah dana kecemasan yang diperlukan. Terdapat beberapa jenis belanjawan khusus yang perlu disediakan untuk tujuan ini. Pertama sekali, tentukan belanjawan mengikut status rumah tangga:

Bujang : 4 x belanja bulanan

Berkahwin : 6 X belanja bulanan

Berkahwin, 1 anak : 9 X belanja bulanan

Berkahwin, 2 anak, freelance : 12 X belanja bulanan

Daripada pengiraan di atas, bagi yang berpendapatan tidak tetap, anda memerlukan dana kecemasan yang lebih besar berbanding dengan yang berpendapatan tetap. Jika anda seorang freelance yang berpendapatan tidak tentu dan memiliki jumlah pendapatan Rp 5 juta, maka dana kecemasan yang diperlukan adalah Rp 60 juta (12 x 5 juta).

 

  1. Peruntukan daripada Pendapatan

Jika terasa sukar untuk mengumpulkan dana kecemasan mengikut kaedah pertama, anda boleh cuba memperuntukkan 10% daripada pendapatan untuk dijadikan dana kecemasan setiap bulan.

Jika anda mendapat wang projek yang cukup besar, jangan lupa juga untuk memperuntukkan sebahagian sebagai dana kecemasan. Sekurang-kurangnya, anda perlu ada wang yang boleh dikeluarkan bila-bila masa ketika kecemasan.

 

  1. Tentukan Tempat Menyimpan Dana Kecemasan

Berikut adalah cara memilih tempat menyimpan dana kecemasan anda. Jika disimpan dalam akaun, pisahkan daripada simpanan peribadi anda dan buat akaun khas untuk tujuan kecemasan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan instrumen kewangan lain seperti simpanan tetap, logam berharga (emas, perak), dan dana bersama. Pilih instrumen yang mudah ditunaikan dalam waktu yang singkat seperti instrument-instrumen yang disebut tadi.

 

 

  1. Rajin Memperuntukkan Wang untuk Dana Kecemasan

Pastikan setiap kali mendapat ganjaran, anda memperuntukkan sebahagian untuk dana kecemasan. Jumlah itu perlu sesuai dengan keperluan anda.

Dana kecemasan bukan hanya berguna di waktu kecemasan, malah anda boleh membeli aset hasil daripada dana kecemasan. Contohnya anda boleh membeli rumah yang banyak bilik dan menyewakan bilik-bilik tersebut. Dengan cara itu, pendapatan anda juga makin bertambah.