Khasiat Mandi Ais

0
1784

Rawatan penyakit mandi ais bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia perubatan tradisional. Mandi ais dikatakan boleh merawat penyakit, salah satu petua kecantikan serta boleh menenangkan minda. Mandian yang mengguna ais, dicampur sedikit dengan garam bukit boleh merawat sesetengah penyakit kecil di badan manusia.

1.Memulihkan kecederaan otot dan tulang

Mandi ais boleh mengurangkan kesakitan otot sebanyak 20 peratus. Penyakit tulang seperti tulang rapuh dan sebagainya kebiasaanya memanaskan tulang serta melemahkan struktur tulang. Dengan mandi ais, suhu tulang akan dikurangkan serta menguatkan kembali tulang.

2.Membakar lemak

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, sel-sel lemak akan terbentuk untuk membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lemak yang lebih banyak membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya menjadikan tubuh lebih kurus.

3.Melancarkan peredaran darah

Oleh kerana suhu ais yang lebih rendah berbanding suhu badan, maka ia akan menyempitkan saluran darah dan meningkatkan kepekatan darah. Selain itu, mandi ais meningkatkan tenaga kerana ais membolehkan jantung mengepam darah dengan lebih aktif ke seluruh badan.

4.Bahan perencat untuk demam

Mandi ais menjadi penyembuh kepada demam serta pencegah jangkitan kuman. Menurut kajian, badan kita akan menghasilkan kadar metabolism yang tinggi semasa mandi ais kerana badan cuba menstabilkan suhu sejuk dari ais justeru mengaktifkan system imunisasi. Sekali gus, badan kita akan menghasilkan sel darah putih bagi melawan kuman dalam badan.

5.Baik untuk kulit

Mandian ais membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori serta mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, ais dapat menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit, menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

6.Mengembalikan semangat

Menurut kajian, mandi ais boleh merangsang titik biru dalam otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan iaitu noradrenaline. Justeru mandi ais dapat mengembalikan semangat dan menghilangkan stress.