Kisah Kuih Pau

0
1363

Kuih pau atau nama asalnya bāozi ini berasal dari negara China. Menurut lagenda, pau dicipta oleh Zhuge Liang seorang askar pengatur strategi pada kurun ketiga. Ketika itu, beliau dan bala tenteranya sedang dalam perjalanan ke selatan China dan tentaranya telah diserang wabak. Oleh itu, Zhuge Liang telah membuat makanan berbentuk kepala manusia dan dalamnya berintikan daging sebagai makan kepada tenteranya yang terkena wabak untuk menyembuhkannya. Pau juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow. Pau dicipta selepas wujudnya ‘mántaó’ iaitu sejenis ban kosong yang dikukus tanpa inti didalamnya.

Di China, terdapat pelbagai variasi pau antaranya, xiâolòngbāo iaitu pau kecil yang berintikan daging yang menyerupai dumpling. Shēngjiān mántaó pula ialah pau kecil yang digoreng berintikan daging dari Shanghai. Manakala, tāngbāo ialah pau bersaiz besar berintikan sup yang pekat. Terdapat juga pau yang berintikan pes kacang merah, pes benih teratai, kastard kuning, bijan hitam dan pau yang berintikan rempah, daging dan sayur.

Kebiasaannya terdapat dua jenis bāozi yang paling popular iatu dābāo dan xiâobāo. Dābāo yang bersaiz besar biasanya dihidangkan secara individu dan lazimnya dibeli untuk dibawa pulang (take away). Manakala xiâobāo pula bersaiz lebih kecil dan menjadi makanan yang popular di restoran. Ianya dihidang bersama set penngukus yang memuatkan lebih kurang 10 biji dan dimakan bersama sos (campuran cuka, kicap dah pes cili)

Dalam budaya masyarakat Tiong Hua, bāozi ini adalah merupakan makanan yang popular dan mudah didapati. Ianya juga boleh dimakan pada bila-bila masa dan turut dijadikan snek. Mengikut sejarah imigrasi penduduk dari China ke Malaysia, orang Melayu telah membuat bāozi ini sebagai makanan mereka dan dipanggil pau. Pau versi orang Melayu selalunya berintikan kari kentang, kari ayam atau daging. Ada juga yang meletakkan telur burung puyuh yang telah direbus di tengah sebagai penambah perasa kepada inti kari itu.

Inti pau ini tidak banyak bezanya dengan inti karipap orang Melayu. Disebakan kepercayaan orang Melayu yang beragama Islam, pau ini halal dan tidak mengadungi daging khinzir. Pau dijual dari warung tepi jalan dan pasar malam. Kini, penjualan kuih pau semakin meningkat dan disukai oleh semua penduduk di Malaysia.

Bahan-bahan dan cara pembuatan pau adalah sangkat ringkas tetapi ia memerlukan teknik yang betul supaya pau yang dihasilkan ringan and gebu. Bahan-bahan yang dliperlukan ada tepung gandum, air suam, gula pasir, yis, serbuk penaik, sedikit serbuk soda bikarbonat dan lemak sayuran. Mentega juga boleh digunakan bagi menggantikan lemak sayuran.  Cara-cara untuk membuat pau pula ialah dengan  melarutkan gula pasir ke dalam air suam dan kacau. Selepas itu, masukkan yis ke dalam air suam yang gula sudah melarut. Biarkan yis bertindak balas selama 10 minit.

Bagi adunan bahan kering di mangkuk beransingan, masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Masukkan pula mentega atau lemak sayuran ke dalam tepung tadi dan sebatikan. Masukkan air suam campuran gula dan yis ke dalam tepung itu. Adunkan tepung tadi sehingga tepung tidak terlekat pada tangan. Jadikan ia sebentuk doh. Doh perlu diuli dengan baik dan keras untuk pau yang lembut.

Kemudian, tutup doh tersebut dengan tudung atau kain bersih yang lembab. Biarkan doh itu selama 2 jam untuk doh itu kembang 2 kali ganda dari saiz asal. Bentukkan doh itu seperti bebola bersaiz roti canai. Letakkan doh bebola itu ke atas papan golek dan taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat dan leperkan ketebalan lebih kurang 5mm. Ambil doh yang telah leper dan letakkan di tapak tangan anda. Masukkan perisa inti mengikut kesukaan anda seperti inti kaya ditengah doh dan cantumkan doh yang telah diisi inti supaya inti tertutup.

Buangkan doh yang berlebihan di bahagian cantuman di atas agar nampak kekemasannya dengan membulatkannya kembali. Lembabkan bahagian cantuman doh dengan air dan lekatkan kertas putih yang telah tersedia potong. Pau anda boleh disusun ke dalam bekas kukus. Masak air ke dalam bekas kukus. Anda pelu tunggu sehingga air mendidih dan keluarkan wap. Pau sedia untuk dikukus. Kukus pau tersebut dalam sekitar 20 minit. Elakkan daripada mengukus kuih pau terlalu lama kerana ia akan bertukar kekuningan.

Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan. Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.