Komunikasi Unik Seperti CEO Starbucks

0
179

Biasanya komik hanya bercerita tentang adiwira. Superman, Batman, Spiderman, Incredible Hulk, Captain America. Namun, tidak lama dulu sebuah komik tentang Howard Schultz dilancarkan. Howard bukan wira dengan kekuatan hebat. Dia hanya manusia biasa yang mampu membangunkan salah satu jenama terulung di dunia. Komik yang digarap oleh Blueprint Production ini berjudul Howard Schultz: The Man Behind Starbucks.

Sememangnya komik merupakan cara unik dalam menyampaikan sebuah jenama. Hal ini juga dapat dijadikan inspirasi kepada para PR yang sedang mencari cara efektif bagi menampilkan CEO mereka dengan cara yang manusiawi. Tak perlu dinafikan bahawa CEO adalah wajah sebuah jenama. Menampilkan para CEO dengan penampilan yang lebih ramah adalah keperluan unik di era media sosial.

Dengan itu, audiens akan lebih selesa berkomunikasi dengan mereka.
Kehadiran media sosial telah mengubah cara konsumer memandang sesuatu jenama. Bagi konsumer, jenama bukan lagi setakat nama produk yang mereka gunakan. Jenama telah menjadi sebahagian daripada identiti. Oleh itu mereka ingin mengenal jenama dengan lebih dalam. Kini mereka tidak saja menggunakannya, tetapi juga “berkawan” dengan jenama tersebut. Hal ini membuatkan CEO perlu lebih ramah mendekati para konsumernya. Kita tentu akan lebih senang berkawan dengan seseorang yang ramah, bukan?

Selain komik seperti yang digunakan oleh Howard Schultz, ada beberapa media yang dapat digunakan oleh para CEO untuk membangun hubungan yang akrab dengan para pelanggan jenamanya.

· Blog
Jika dibandingkan dengan media sosial yang tampak meriah dan glamor, blog memang berciri lebih sederhana. Blog tampak lebih tenang dan tidak sesak. Dan itulah yang membuatkan media ini sangat tepat untuk bercerita dan memperkenalkan para CEO kepada audiens. Menulis blog beberapa kali dalam seminggu merupakan salah satu cara bagi para CEO untuk bercerita tentang kegemaran, hobi, dan hal menarik lain kepada para audiens.
Dengan ini para audiens dapat mengenali ciri-ciri lain para CEO. Tunjukkan bahawa mereka bukan peribadi yang mementingkan wang dan bisnis berbanding perkara lain. Para CEO juga manusia dengan berbagai minat dan hobi yang mungkin tidak jauh berbeza dengan para audiensnya.

· Podcast
Kalau CEO anda suka bercakap, podcast dapat menjadi saluran baginya untuk mendekatkan diri dengan para pelanggan. Mereka dapat berkomunikasi dengan para pelanggan melalui podcast setiap minggu. Pesanannya sudah tentunya bukan tentang perusahaan atau industri. Tetapi percakapan santai tentang nilai-nilai jenama mereka dan bagaimana mengaitkan hal tersebut dengan isu-isu yang lebih besar dalam masyarakat. Bicara tentang pendapat peribadi para CEO tidak akan merugikan perniagaan. Ini kerana ia dapat menunjukkan kepada audiens bahawa CEO Anda juga dapat membicarakan hal selain bisnes mereka.

· Video
Video telah terbukti sebagai media yang sangat berkesan untuk penyampaian. Namun, kita harus pandai memilih apa yang akan ditampilkan dalam video tersebut. Jika CEO Anda kerap bermain tenis dengan kawan-kawannya atau dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri pertandingan bola keranjang anak-anaknya, maka video adalah media yang tepat digunakan. Anda dapat menampilkan rutin tersebut dalam video. Ini dapat memaparkan ciri lain seseorang CEO. Lagipun menarik sekali melihat orang yang pada hari-hari biasa kelihatan serius, bergaul akrab dengan rakan-rakan dan keluarganya.

Apa pun media yang kita pilih, yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Bila para CEO ingin diterima oleh para audiensnya, mereka harus menampilkan dirinya yang sebenarnya. Walau bagaimana ditampilkan agar kelihatan ramah, jika mereka tidak ikhlas dan terbuka kepada para pelanggannya, tidak kira apapun media yang digunakan, ianya tidak akan cukup berkesan.