NAK TAHU 7 LANGKAH MUDAH BERJIMAT SEMASA ONLINE SHOPPING?

0
159

Membeli-belah secara atas talian bukanlah satu perkara baru lagi di Malaysia. Tambahan pula sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sejak bulan Mac yang lalu. Ramai yang terpaksa membeli pelbagai jenis barang termasuklah barang runcit secara online. Iyalah, nak keluar rumah takut nanti kena jangkitan pula.

Walaupun begitu, ramai yang telah mula lebih selesa dan selamat untuk membeli barangan melalui internet. Pilih, bayar dan kemudian tunggu sahaja abang posmen datang hantar barang.

Sambil baring atas katil pun, dah boleh buat window shopping. Inilah yang mula jadi bahaya. Mulalah berkenan itu ini. Semuanya nak beli. Jadi kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda 7 tips penting yang boleh memberikan penjimatan berganda jika anda melakukan pembelian secara online.

Tetapi, sekarang Alhamdulillah, situasi sudah semakin baik, dan kerajaan pun telah memberikan lebih banyak kelonggaran agak rakyat dapat menjalankan hidup seperti dahulu tetapi dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

  • Masukkan Produk Piihan ke dalam Cart!

Bila anda dah rancang dalam kepala apa yang ingin anda beli, anda boleh mula melakukan perbandingan harga. Di platform seperti Shopee dan Lazada sahaja terdapat banyak kedai ataupun seller yang menjual produk yang sama. Jadi anda boleh dapatkan tawaran harga yang terbaik.

Bila dah jumpa produk yang anda mahukan itu, jangan berlengah, terus masukkan dalam bakul ataupun shopping cart. Walaupun anda tidak bercadang untuk melakukan pembelian dalam masa terdekat, tak mengapa. Sekurang-kurangnya selepas ini anda tidak perlu tercari-cari lagi produk tersebut sekiranya mereka menawarkan potongan harga selepas ini.

  • Tahu Bila Musim Sales

Kalau dulu, musim promosi besar-besaran adalah hujung tahung. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, kita sudah mula ada sales 11/11 dan juga 12/12. Jadi ambil peluang ini untuk dapatkan barang yang anda inginkan dengan harga yang berpatutan.   Selain itu, ada juga jenama-jenama terkenal daripada yang sering membuat promosi bagi produk keluaran mereka. Jadi anda cuma perlu alert dengan promosi-promosi ini sahaja.

  • On Notifikasi

Bukan semua orang ada masa nak check harga promosi setiap hari. Jadi cara terbaik untuk memastikan anda tidak terlepas tawaran jualan murah ini adalah dengan memasang notifikasi pada laman sosial atau email. Kadang-kadang tawaran promosi ini adalah untuk tempoh masa yang terhad misalnya 24 jam. Tanpa notifikasi, anda mungkin akan terlepas tawaran hebat ini.

  • Gunakan e-Dompet

Antara perkara paling menarik dengan aplikasi e-dompet ini adalah anda boleh mendapatkan pulangan balik tunai (cashback). Anda juga berpeluang untuk mendapatkan potongan harga barangan. Jadi boleh bayang tak berapa banyak duit yang anda boleh jimatkan sekiranya anda menggunakan aplikasi ini.

  • Gunakan ‘Cashback’

Anda juga boleh menggunakan aplikasi khusus seperti Shopback yang menawarkan pulangan balik tunai bagi setiap transaksi pembelian online. Kemudahan ini boleh digunakan untuk beratus laman web kedai online.

  • Dapatkan Penghantaran Percuma

Kebanyakkan platform membeli-belah secara atas talian ini akan menawarkan diskaun dan juga perkhidmatan penghantaran percuma jika anda membeli dalam jumlah yang banyak. Jadi, gunakan peluang ini untuk menjimatkan lagi duit poket!

  • Pick Up Sendiri

Kalau ibu pejabat atau kedai laman tersebut terletak berhampiran dengan lokasi tempat tinggal atau pejabat anda, anda mungkin boleh terus mengambil sendiri barang itu terus daripada ibu pejabat atau seller tersebut. Duit pos pun tak payah bayar.

Bagi mereka yang sibuk serta tidak mahu bersesak-sesak dengan traffic jam dan juga orang ramai, pembelian secara atas talian merupakan salah satu option terbaik. Tapi, jaga-jaga, dalam keseronokkan membeli secara online, duit pun kena simpan juga tau!



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain