Peluang Perniagaan Butik Korea

0
498

Peluang perniagaan butik atau kedai distro merupakan salah satu bidang yang sangat digemari kerana mampu menarik pelanggan dari masyarakat kelas menengah ke atas. Dengan peluang perniagaan tersebut, anda akan mendapatkan keuntungan yang sangat besar dan pastinya akan membuahkan kejayaan bagi diri anda. Salah satu peluang perniagaan butik yang boleh dijalankan serta telah terbukti berjaya adalah butik Korea.

Kita semua tahu bahawa fesyen Korea sekarang benar-benar popular. Ramai anak remaja dan orang dewasa yang tergila-gilakan fesyen seperti jaket, pakaian, beg, kasut, dan topi ala Korea. Di kala populariti budaya Korea atau lebih dikenal dengan K-Pop ini sedang memuncak, anda sebenarnya boleh mengambil peluang ini menjadi perniagaan yang besar iaitu dengan membuka butik Korea.

Artikel ini akan menerangkan secara khusus cara memulakan butik Korea untuk pemula yang belum mempunyai modal besar.

Cari Pembuat Fesyen Korea

Langkah pertama anda ialah mengenali pembuat fesyen Korea. Maklumkan dengannya yang anda ingin menjual salah satu fesyen dari Korea. Mungkin anda perlu mengambil beberapa produk terlebih dahulu sebagai langkah awal kerjasama dengan pihak pengeluar. Kami menyarankan untuk anda, ambillah beberapa produk terutama pakaian Korea. Seterusnya segera bertindak untuk memasarkan produk tersebut. Tidak apa jika pada awalnya anda memulakan bisnis butik ini dengan cara menjadi reseller pakaian, kerana lama-kelamaan nanti perniagaan anda mampu berkembang.

Cari Pelanggan Yang Penggemar Fesyen Korea

Anda boleh memulakan jualan melalui facebook dan twitter, serta mensasarkan para wanita dalam usia antara 17 hingga 25 tahun.

Mulakan dengan mengupload foto-foto produk Korea yang anda miliki dan selanjutnya “add” remaja wanita dalam usia 17 hingga 25 tahun. Apabila di facebook tentunya tidak akan sukar untuk mencarinya, kerana kita boleh melihat foto-foto mereka, bahkan melihat tarikh lahir jika dinyatakan. Tetapi bagaimana pula dengan sasaran di twitter? Caranya mudah; anda cuma perlu follow ramai orang, dan yang penting mereka adalah wanita

Pasarkan Butik Kecil anda Secara Online

Setelah teman dan follower anda cukup banyak, selanjutnya selalulah membuat promosi di status facebook dan tweet di twitter. Akan tetapi jangan sesekali menandai foto anda atau melakukan tagging terhadap seseorang. Kerana akan ramai pengguna yang merasa terganggu dengan tindakan tersebut.

Buatlah status promosi dengan menampilkan foto, kata-kata promosi yang baik, serta lakukan dengan sopan. Selanjutnya anda juga boleh mengunjungi group-group yang ramai member wanita. Seperti group facebook tentang diet sihat, tentang penggemar fesyen, dan sebagainya. Lakukan posting foto dan terapkan kata-kata promosi yang sopan dan ramah.

Lakukan Secara Berterusan

Lakukan promosi tersebut secara berterusan dan anda juga boleh menyelitkan promosi melalui handphone, facebook dan mudah.my. Sesuai dengan pelanggan anda yang semakin ramai, maka produk yang akan anda tawarkan juga harus bertambah. Dengan jumlah produk fesyen yang semakin hari semakin meningkat, anda boleh memulakan penjualan secara offline untuk menambah keluasan pasaran perniagaan anda.

Bermulalah daripada butik Korea yang dirintis melalui promosi dalam facebook dan twitter dengan kos promosi yang kecil, dan dari itu terus kembangkan perniagaan anda sehingga menjadi besar.

Semoga artikel tentang cara mengusahakan butik Korea ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada anda. Selamat mencuba.