Peluang Perniagaan Perabot

0
682

Permintaan yang terhadap perabot semakin meningkat dari tahun ke tahun. Bahkan pada tahun 2015, permintaan perabot bertambah lebih tinggi daripada pertumbuhan penduduk dan rumah tangga baru di Malaysia. Hal ini bererti perabot diperlukan bukan hanya kerana fungsinya sahaja tetapi sudah dianggap satu permintaan berdasarkan minat. Perabot kini telah menjadi produk mode, fashion, dan gaya hidup.

Dari sudut lain, penawaran barang perabot juga cukup banyak sehinggakan bila-bila masa, di mana sahaja dan pada nilai harga apa sahaja, kita dapat membelinya dengan mudah.

Pada tahun 2016 ini peluang perniagaan perabot masih mempunyai prospek baik. Namun tidak mudah untuk memastikan keberkekalan perniagaan disebabkan saingan dalam perusahaan ini semakin sengit. Berikut ini beberapa tips yang berguna bagi Anda.

Strategi pemasaran perniagaan :

Tentukan sasaran pasaran. Pilihlah pasaran yang benar-benar ingin Anda ungguli. Dengan menentukan pasaran yang tepat, anda akan lebih fokus dalam menentukan strategi pemasaran.

Perkenalkan kedai Anda. Supaya dapat dikenali secara meluas oleh sasaran pasaran, Anda harus membuat komunikasi tentang kedai anda melalui pelbagai cara seperti mengedar brochure, memasang sepanduk atau iklan di majalah atau radio tempatan pada harga berpatutan.

Jangan lupa juga menggunakan kekuatan media internet yang sangat meluas dan percuma, contohnya melalui blog, facebook dan twitter. Selanjutnya upload foto produk perabot Anda, beri keterangan, tag teman, dan bersedialah mendapat calon pelanggan online. Harus diingatkan bahawa setiap komunikasi iklan haruslah dibuat semenarik mungkin, supaya dapat menarik perhatian orang terhadap produk Anda. Contohnya dalam sepanduk, bahasa iklan yang menarik adalah seperti : “Harga mahal sudah bukan zamannya !!!”; “Dapatkan perabot berkualiti dengan harga murah”. Jangan lupa untuk selalu menyertakan contact person dalam setiap promosi yang Anda buat.

Penampilan kedai harus menarik. Aturlah kedai anda supaya kelihatan menarik, sehingga calon pelanggan tertarik untuk berkunjung. Setiap 2 minggu atau 2 bulan sekali, Anda harus menukar atursusun kedai terutamanya penampilan bahagian luar kedai. Tujuannya supaya kedai Anda sentiasa kelihatan ‘hidup’ dan tidak membosankan.

Jual beberapa produk dengan harga murah. Cara lain untuk menarik perhatian calon pelanggan adalah dengan menjual beberapa produk dengan harga yang lebih murah dari harga yang ada di pasaran. Tulis secara jelas harga jualan produk Anda pada sepanduk atau dengan memasang sticker di kedai anda. Dengan menjual produk dengan harga murah maka calon pelanggan akan memiliki persepsi bahawa kedai anda tidak menjual produk dengan harga mahal. Hal ini akan mendorong calon pelanggan untuk mengunjungi kedai anda semula pada saat mereka memerlukan produk perabot.

Lakukan kerjasama dengan pemaju perumahan. Cuba untuk lakukan kerjasama dengan pemaju perumahan di sekitar daerah anda. Beberapa perumahan skala kecil atau menengah kadangkala memberi bonus perabot kepada pembeli rumah baru. Ini adalah satu kesempatan untuk anda menjual produk dengan kauntiti yang lebih besar.

Berikan layanan yang baik. Supaya pelanggan memiliki pandangan yang positif, maka semua pekerja kedai anda harus memberikan layanan yang baik kepada semua orang yang datang. Keramahan serta sikap ingin membantu dengan tulus akan sangat dihargai oleh pelanggan. Baik atau buruknya layananlah yang akhirnya akan menentukan samada pelanggan akan datang lagi atau tidak ke kedai anda.