Potensi Keuntungan Lumayan Dalam Pelaburan Sukuk

0
1355

Sukuk semakin medapat tempat di hati pelabur Islam pada masa kini. Namun begitu, sukuk yang diperkenalkan dalam perbankan Islam kini turut mendapat sambutan pelabur industri di negara bukan Islam. Sukuk mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi instrument yang kukuh dalam pasaran modal Islam pada masa hadapan dan mampu bersaing sama hebat dengan instrument yang lain. Sukuk juga dilihat berperanan sebagai salah satu daripada sumber dana utama untuk pelaburan yang produktif bagi pelaburan berskala tinggi dalam sistem kewangan Islam masa kini.

Sukuk boleh didefinisikan sebagai sijil bernilai yang sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari pemilikan harta berwujud untuk mendapatkan hasil di dalam pemilikan asset dalam projek tertentu atau aktiviti pelaburan khusus. Dengan kata mudahnya, sukuk juga boleh dikenali sebagai Bon yang patuh pada syariah.
Sukuk juga merupakan nama pada sebuah sijil kewangan dan dapat dilihat sama dengan surat hutang Islam. Namun, surat hutang yang berunsur bunga/faedah adalah dilarang sama sekali di dalam Islam kerana mempunyai unsur riba’. Sukuk adalah surat berharga yang sesuai dengan Shariah Islam dan prinsip-prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba’.

Sukuk distrukturkan dengan aset patuh Syariah melalui kontrak pertukaran tertentu. Kontrak tersebut boleh diwujudkan melalui jual beli aset dengan bayaran tertangguh, pajakan aset atau penyertaan dalam perniagaan usaha sama. Oleh itu, penerbitan sukuk bukanlah berdasarkan pertukaran kertas untuk wang yang melibatkan faedah. Ia lebih kepada pertukaran aset patuh Syariah untuk mendapatkan pembiayaan menggunakan berbagai-bagai prinsip Syariah seperti bai’ bithaman ajil (BBA), murabahah, ijarah, mudharabah dan musyarakah yang membolehkan pelabur memperoleh keuntungan melalui transaksi berkenaan.
Penerbitan sukuk dikawal selia oleh SC melalui rangka kerja bawah Guidelines on the Offering of Islamic Securities (Garis panduan). Sebagaimana yang dinyatakan oleh Garis panduan berkenaan, struktur sukuk perlu disahkan dan diluluskan oleh penasihat Syariah yang dilantik oleh penerbit. Penasihat Syariah ini merupakan sama ada penasihat Syariah bebas yang telah diluluskan oleh SC atau jawatankuasa Syariah bagi institusi kewangan yang menjalankan aktiviti perbankan Islam yang diluluskan boleh Bank Negara.

Jenis-jenis sukuk yang terdapat di Malaysia

1.Sukuk Ijarah

Menyewakan hak manfaat asset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati. Sukuk Ijarah merupakan satu kontrak yang berlaku berdasarkan pembelian aset dan menyewa aset tersebut kepada pelanggan atau pemegang sijil/kontrak dan hasil yang diterima adalah melalui bayaran sewa. Tempoh dan segala bayaran yang berkaitan dengan sewa yang berlaku sepanjang tempoh penyewaan tersebut adalah ditetapkan pada awal kontrak dan dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak. Perlu diingat bahawa pemegang sijil kontrak adalah bukan pemilik aset tersebut.

2.Sukuk Mudharabah

Perjanjian kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal dan pengelola modal. Keuntungan yang diperolehi akan diagihkan mengikut perjanjian di antara dua pihak. Sekiranya berlaku kerugian, ianya akan ditanggung oleh pemilik aset tersebut.  Ianya akan didaftarkan pada nama pemegang atas dasar pemilikan penuh saham dan pulangan yang akan diperolehi oleh pemegang- pemegang saham tersebut akan diagihkan berdasarkan peratusan yang dilaburkan ke dalam pemilikan tersebut. Tujuan sukuk diwujudkan adalah untuk menggalakkan peningkatan dalam penyertaan masyarakat untuk melibatkan diri dalam projek- projek yang mempunyai pelaburan besar.

3.Sukuk Musyarakah

Merujuk kepada kerjasama antara dua pihak dengan menggabungkan sebuah modal untuk sebuah motivasi. Ekuiti Musyarakah berlaku hasil daripada perkongsian pemilikan yang melebihi dua orang untuk menubuhkan sesuatu perniagaan yang berteraskan keuntungan dan dibahagikan secara sama-rata mengikut kadar pemilikan. Sekiranya berlaku sebarang kerugian, ianya juga akan dibahagikan mengikut nisbah- nisbah kadar pemilikan saham di dalam perkongsian tersebut.

4.Sukuk Salam

Sukuk Salam menerangkan tentang sijil pelaburan yang diterbitkan pada nilai yang sama bertujuan untuk menggerakkan modal yang dibayar pada bayaran muka dan komoditi akan dihantar dan diterima kemudian. Dengan kata lainnya, pemegang sijil ini akan mengeluarkan modal terlebih dahulu dan hasilnya akan diperolehi pada waktu- waktu tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pemegang sijil ini mempunyai hak ke atas komoditi ketika komoditi tersebut dihantarkan kepada mereka.

5.Sukuk Murabaha Istisna’
Sukuk ini merujuk kepada kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan sesuatu projek yang ingin dijalankan. Sijil sukuk menunjukkan keberhutangan pengeluar kepada pelabur, yang timbul daripada mana-mana kontrak pertukaran yang dinyatakan di atas di antara mereka.

Perbezaan antara sukuk dan bon konvesional

Sukuk

  1. Kaedah pengiraaan untung adalah serupa dengan bon konvesional, tetapi di dalam kontrak sukuk, tuntutan seorang pelabur bukan pada aliran tunai semata-mata. Wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli asset.
  2. Kontrak sukuk mesti memerlukan jaminan bahawa wang yang dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli asset yang mana keuntungan pelabur datang daripada asset tersebut.

Bon konvesional

  1. Tuntutan pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang menerbikan bon tersebut.
  2. Tiada jaminan asset yang boleh dicagar untuk mendapatkan semula modal pelaburan