Potensi Perusahaan “Baby Spa

0
577

Sejak kebelakangan ini muncul trend terbaru dalam dunia perniagaan spa, iaitu spa untuk bayi. Terdapat banyak iklan muncul berbentuk infotainment, yang memperlihatkan ramai selebriti membawa bayi mereka mengunjungi baby spa. Dalam tempoh beberapa tahun semenjak diperkenalkan, perusahaan ini menjadi semakin maju dan bertumbuh di bandar-bandar besar.

Sebenarnya perusahaan baby spa merupakan konsep moden serupa dengan urutan bayi yang telah lama menjadi tradisi dalam budaya kita. Dunia perubatan telah membuktikan kesan-kesan positif urutan bayi terhadap kesihatan dan pertumbuhan bayi. Baby spa terus memperkembangkan tradisi ini, dan turut menawarkan aspek tambahan dengan beberapa bentuk senaman bersifat stimulan bagi pertumbuhan bayi, seperti berenang dan senaman motorik. Essential oil juga kerap digunakan dalam baby spa dengan alasan ianya lebih hypoallergenic dan memberi ketenangan kepada si anak.

Perkhidmatan baby spa boleh digolongkan sebagai perkhidmatan mewah. Oleh itu, untuk menceburi perniagaan ini anda perlu menyediakan konsep lokasi dan kemudahan yang bertaraf tinggi. Selain itu, harga yang dikenakan untuk perkhidmatan baby spa mampu mencecah ratusan ringgit

Kemudahan yang perlu anda sediakan antaranya adalah: tilam bayi berkualiti tinggi, barang mainan anti toksik, kolam air bersih dan mewah, peralatan stimulasi motorik moden, serta ruang menunggu yang selesa untuk bayi dan ibu. Selain itu anda juga boleh memilih essential oil yang semulajadi, dengan aroma segar dan memberi keselesaan sebagai nilai tambahan. Biasanya essential oil ini mengandungi ekstrak citronella yang dapat memberi rasa hangat sambil menghilangkan rasa tegang.

Anda boleh melakukan promosi perusahaan ini di hospital, klinik bersalin, klinik ibu dan anak, kawasan perumahan atau di pusat asuhan kanak-kanak (nursery). Dengan kegiatan promosi yang aktif, dalam beberapa tahun perusahaan anda akan mampu membina pasaran sendiri. Berikan tumpuan di kawasan luar bandar, di mana perusahaan baby spa ini belum banyak saingan, jadi anda masih mempunyai peluang yang luas untuk masuk dalam pasaran. Bagaimana? Anda berminat?