Rahsia Aliran Tunai Segera (Instant Cash Flow)

0
1037

 

Cerita ini dikongsikan oleh Mike, sorang usahawan yang pernah hampir muflis, namun berjaya bangkit kembali dan menempa kejayaan dalam perniagaan. Ikuti kisah beliau:

Saya menemui istilah ini secara tidak sengaja. Ketika itu saya sedang runsing. Perniagaan saya sedang menuju kemuflisan. Ketika saya melayari internet saya terjumpa judul buku menarik karangan Mark G. Nolan pada tahun 2003. Kandungan buku tersebut amat mengejutkan saya. Ia seolah-olah menceritakan tentang situasi saya ketika itu. Apa yang saya lakukan selama ini ternyata salah besar. Contohnya, saya menjual barang secara kredit dan akhirnya menghadapi banyak hutang yang tidak dapat ditagih dan mengakibatkan cashflow yang parah.

Dipendekkan cerita, saya menerapkan idea-idea dalam buku tersebut untuk perniagaan saya. Apa yang berlaku seterusnya menjadi sejarah peribadi, perniagaan dan keluarga. Dengan menerapkan prinsip-prinsip yang saya pelajari dari buku tersebut, perniagaan saya berubah 180 darjah. Berikut adalah perubahan yang saya alami:

  • Dulu aliran tunai negative, sekarang menjadi positif
  • Dulu mengejar-ngejar pelanggan, sekarang dikejar-kejar pelanggan
  • Dulu margin nipis, sekarang margin tebal
  • Dulu tidak ada waktu terluang, sekarang lebih banyak waktu terluang seperti penganggur
  • Dan banyak lagi perubahan yang tidak dapat saya senaraikan satu persatu.

Anda berminat? Apakah idea tersebut?

Idea 1: Aliran tunai positif (positive cashflow) datangnya dari untung (profit)  

Profit adalah untung bersih dalam akaun anda. Ini merupakan wang yang betul-betul anda boleh gunakan. Oleh itu jika akaun anda mempunyai untung sebesar RM100, 000, wang itu benar-benar boleh anda gunakan untuk membeli kereta secara tunai! Untung adalah aliran tunai positif yang sebenar.

Idea 2: Leverage

Bagaimana perniagaan saya dapat berjalan tanpa kehadiran saya? Bagaimana untuk menjual 5000 produk yang menggunakan usaha yang sama dengan menjual satu produk. Anda memerlukan leverage atau daya tuas. Anda boleh melakukannya dengan mendelegasikan tugas anda. Anda juga boleh membuat sistem perniagaan yang berjalan sendiri tanpa perlunya anda “membelah badan”. Semakin ramai yang dapat melakukan tugas anda, semakin berjaya perniagaan anda.

Idea 3. Jualan Jarak Jauh Menggunakan Pengiklanan Saintifik (Scientific Advertising)

Pengiklanan yang biasa mementingkan imagery sahaja manakala pengiklanan saintifik menghasilkan aliran tunai pada masa yang sama. Cara pengiklanan ini juga dikenali sebagai pengiklanan maklumbalas lansung (direct response advertising). Nilai estetik tidak dijadikan keutamaan, yang penting adalah hasilnya. Lakukan ujian dan penilaian (test and measure). Jika gagal, anda boleh terus membuat perubahan atau dianggap gagal. Jika berhasil, teruskan perbaiki dan tambahkan kekerapan. Pengiklanan saintifik adalah “jurujual” anda yang mengetuk pintu ribuan bakal pembeli prospek dan menjual produk secara lansung, siang dan malam walaupun ketika anda sedang tidur.

Kesimpulan:

CASFLOW + LEVERAGE + SCIENTIFIC ADVERTISING = FINANCIAL FREEDOM

Anda percaya? Saya percaya, kerana saya sudah membuktikannya.