Skim Belia Niaga (SBN), Skim Belia Tani-I (SBT) Agrobank

0
2031

Agrobank_logo

Skim Belia Niaga (SBN), Skim Belia Tani-I (SBT) Agrobank terbuka kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagtaan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.

Kelayakan

– Berumur di bawah 40 tahun
– Individu / usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk perkongsian yang terhad kepada 2 ahli sahaja
– Mendapat syor bertulis dan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan
– Memiliki modal tetap dan modal pusingan

 Amaun pembiayaan

–  Minimum RM5, 000 sehingga RM50, 000

Tempoh pembayaran balik

– Maksimum 7 tahun

Dokumen yang diperlukan

– Salinan kad pengenalan
– Salinan hakmilik tanah
– Kertas kerja
– Jumlah pinjaman: RM5, 000 – RM15, 000 (tidak memerlukan penjamin)
– Jumlah pinjaman RM15, 001 – RM50, 000 (memerlukan penjamin dengan pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM800 sebulan)
– Cagaran boleh diterima oleh Agrobank

Terma & Syarat

– Jaminan yang boleh diterima oleh Agrobank adalah deposit tetap, aset tetap (tanah / bangunan) dan lain-lain
– Terma-terma dan syarat-syarat pembiayaan akan mengikut jenis produk dan projek / perniagaan

 

Maklumat lanjut sila hubungi Ibu Pejabat Agrobank

Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
Leboh Pasar Besar
Peti Surat 10815
50726 Kuala Lumpur
No. Telefon : 603-2731 1600
No. Faks : 603-2691 4908

atau cawangan Agrobank berhampiran