Strategi Menjalankan Perniagaan Kelengkapan Bayi

0
1602

Kali ini kami akan mengongsikan salah satu peluang perniagaan yang pasti mempunyai prospek yang baik, tahan terhadap krisis ekonomi, sentiasa banyak permintaan dan yang pastinya dapat menambahkan pendapatan anda. Peluang perniagaan yang dimaksudkan ini adalah Perniagaan Kelengkapan Bayi.

Berikut adalah beberapa alasan mengapa perniagaan ini memiliki prospek yang baik:

Perniagaan kelengkapan bayi sangat berkaitan dengan jumlah kelahiran bayi yang semakin meningkat. Ertinya selagi masih ada bayi yang lahir, maka peluang perniagaan ini boleh terus berjalan dengan baik.

Bayi pasti memerlukan berbagai jenis kelengkapan asas yang menjadi keperluan harian bayi. Setiap keluarga yang baru saja dikurniakan anak atau bayi pasti akan mengutamakan kelengkapan bayi sebagai keperluan asasnya.

Produk-produk kelengkapan bayi boleh tahan lama jika disimpan dengan baik, serta tidak mudah rosak.

Untuk memulakan perniagaan ini, anda boleh menyemak tips memulakan perniagaan kelengkapan bayi seperti berikut :

Tips dan Strategi Dalam Berbisnes Kelengkapan Bayi:

Pilihlah lokasi perniagaan yang strategik, mudah dilawat dengan kenderaan awam dan ramai pengunjung. Hiasan tempat jualan anda perlu diatur dengan menarik agar suasananya lebih selesa. Anda boleh mencubanya dengan melekat wallpaper bertemakan ibu dan bayi, membuat hiasan patung dan sebagainya.

Gunakan rak untuk pameran barang dagangan anda. Atur secara rapi supaya pelanggan merasa selesa dan mudah mencari dan memilih barang yang diinginkan. Misalnya dalam satu rak anda boleh kelompokkan berdasarkan usia bayi dari 1 – 2 tahun, 2-5 tahun dan sebagainya.

Lengkapi kelengkapan bayi yang anda jual daripada bayi yang baru lahir sehingga usia berumur 5 tahun, dengan berbagai jenis ukuran, warna dan pilihan model. Lengkapi kelengkapan lain yang berkaitan misalnya sarung bedong, kelengkapan tidur dan sebagainya.

Ikuti trend fesyen kelengkapan bayi terbaru dari majalah, televisyen, internet dan lain-lain agar kedai anda selalu up to date; dengan itu pengunjung akan selalu tertarik untuk datang berkunjung untuk mendapatkan kelengkapan bayi model terbaru.

Pada tahap awal, sebaiknya anda sendiri melakukan pemasaran produk kelengkapan bayi. Selain menjimatkan kos staff, anda juga dapat mendapat input daripada pelanggan. Survey kecil-kecilan ini bermanfaat untuk mengetahui jenis produk yang diperlukan oleh pelanggan.

Pilihlah distributor kelengkapan bayi yang berkualiti dan berikan harga serta penawaran yang menarik, seperti distributor kelengkapan bayi yang menawarkan produknya dalam sistem pakej yang terdiri dari beberapa item dengan harga yang lebih murah.

Lakukan promosi misalnya dengan memberi potongan harga, penawaran sistem pakej pembelian, membuat jualan online, promosi melalui media jaringan sosial seperti facebook, twitter, googlePlus dan sebagainya.

Demikianlah beberapa tips dan strategi dalam membuka perusahaan kelengkapan bayi. Semoga tips ini dapat membantu anda dalam menjalankan perniagaan kelengkapan bayi.