Strategi Pemasaran Melalui Video

0
827

Video online menawarkan kemudahan dan menjanjikan keuntungan di depan mata. Bagaimana caranya? Pada tahun 2008, Rich Aberman dan Bill Clerico berniat membuat bisnes proses pembayaran online. Sayangnya, mereka tidak memiliki modal yang besar untuk merealisasikan mimpi tersebut.

Lalu mereka membuat sebuah video sederhana dengan bantuan software animasi percuma yang menjelaskan perniagaan impian itu. Rich dan Bill mengirimkan e-mel ke belasan pelabur profesional berserta pautan video. Hasilnya, usaha mereka mendapat suntikan dana sebanyak USD20, 000. Kini pasangan tersebut telah mengecapi kejayaan manis, dengan 40 pekerja dan mendapat tambahan modal hingga USD20 juta.

Steffany Boldrini juga telah membuat 100 video untuk perniagaannya, ecobold.com, sebuah laman web jualbeli produk di kalangan sahabatnya. Melalui video-video tersebut, ia menunjukkan produk yang sering digunakan, berserta dengan unsur lawak. Tetapi usahanya bukan setakat melalui video. Dia menghabiskan waktu berjam-jam setiap hari untuk mencari para pengguna Twitter yang mempunyai minat yang sama dalam bidang organik. Sambil berharap orang-orang tersebut mem-follow perniagaannya, dia mem-follow mereka. Strategi itu berhasil. Salah satu videonya dilihat oleh 200, 000 penonton. Laman webnya juga dikunjungi ribuan pengunjung dalam waktu enam bulan setelah videonya ditampilkan di laman web dan Youtube. Wow!

Anda juga boleh mengikuti kejayaan mereka melalui video perniagaan Anda. Bermodalkan Apple iMovie atau Windows Movie Maker, Anda dapat menyunting dan menghasilkan video sendiri. Seperti pembuatan filem, Anda dapat memulaikannya dengan proses pembuatan senario.

Hal yang perlu diambil perhatian semasa membuat video adalah jangan terlalu Nampak ia berbentuk jualan. Jika video Anda seperti iklan, para penonton tidak akan mengkongsikan dengan orang lain. Yang paling penting, buat mereka rasa seperti tidak ada pilihan dan melakukan carian lebih lanjut setelah melihat video Anda. Dalam video singkat itu, Anda bukanlah bercerita tetapi memberi panduan. Sentuhan humor juga penting kerana ia akan membuat orang datang kembali.

Supaya video Anda dilihat lebih ramai orang, sebarkan pautan dari video di blog, forum, facebook, twitter, senarai mail atau e-mel sahabat Anda. Ciptakan lebih banyak percakapan tentang video mahupun perniagaan Anda di setiap saluran tersebut. Anda juga boleh membuat membuat akaun lain yang membicarakan tentang video tersebut. Nah, tertarik untuk mencuba?