Tips Perniagaan Barang Antik yang Sangat Menarik

0
1032

Kali ini saya ingin memaparkan tips perniagaan barangan antik, khas untuk anda yang mempunyai hobi mengumpul barang antik. Ini merupakan peluang perniagaan yang mungkin dapat anda ceburi untuk menambahkan pendapatan.

Bagi yang kurang meminati atau tidak meminati barang-barang antik, anda mungkin menganggap barang-barang tersebut sebagai barang lama, kusam, rosak serta tidak menarik. Namun, lain pula pandangan para pengumpul barang-barang antik yang menganggap barang-barang tersebut amat penting dan bermakna.
Para pengumpul barang antik rela menjelajah pelbagai tempat bahkan ke semua pelosok, serta sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan koleksi barang-barang antik yang mereka inginkan. Daya tarikan barang-barang antik adalah nilai sejarahnya, keunikan rupa, dan kesukaran menemui barang tersebut yang menyebabkan ianya disukai pengumpulnya.

 

Berikut adalah beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda dalam perniagaan ini:

 

1. Mulakan Dengan Mencari Koleksi Barang-Barang Antik

Tips yang pertama adalah mulakan pencarian koleksi barang-barang antik untuk dijual. Anda tidak perlu mencari di tempat-tempat yang jauh atau berusaha keras untuk mendapatkan barang-barang untuk dijual dengan harga yang mahal. Anda hanya perlu mula mencarinya dari kalangan keluarga, pasar lambak atau pun pasar malam.

Carilah barang-barang yang anda rasa sukar ditemui dan unik, serta berusia lama. Lakukanlah penawaran harga agar anda dapat membeli dengan harga yang murah.

Selain itu, anda juga boleh cuba mencari barang pusaka keluarga yang tersimpan di gudang tidak terpakai dan mungkin tergolong dalam kategori antik. Ia boleh jadi jam tangan, almari, lampu hiasan, kerusi, senjata tajam seperti keris, pedang dan lain-lain.

 

2. Menentukan Lokasi Kedai

Tips yang kedua adalah menentukan lokasi kedai menjual atau membuat pameran barang-barang antik tersebut. Dalam perniagaan, lokasi merupakan faktor yang penting dan salah satu faktor untuk memastikan kejayaan perniagaan.

Ada beberapa alternatif dapat anda jadikan lokasi perniagaan ini, antaranya di rumah, gerai di pusat membeli-belah, kedai serta kafe. Pilihlah tempat yang mampu dimiliki dan yang memberikan keselesaan bekerja yang anda inginkan. Seboleh-bolehnya jangan lakukan jualan lelong atau pameran.

Selain penjualan offline, anda boleh mengunakan perkhidmatan internet sebagai tempat jualan anda. Zaman sekarang terdapat banyak laman penjualan online yang dapat memberikan anda kemudahan untuk menjual barang antik di laman web mereka.

 

3. Lakukan Promosi

Tips yang ketiga adalah, lakukan promosi. Penyebaran informasi mengenai kewujudan perniagaan anda harus dilakukan supaya para pengumpul barang antik mengetahuinya dan menjadikan perniagaan anda sebagai salah satu tempat kunjungan untuk mencari barangan antik yang mereka ingini.

Pada awal perniagaan, biasanya modal kewangan yang besar diperlukan. Namun begitu, jika jika promosi perniagaan dibuat secara percuma, ini akan menjimatkan kos. Terdapat banyak cara untuk melakukan promosi secara percuma, contohnya melalui internet, atau pun penyebaran berita dari mulut ke mulut. Promosi melalui internet boleh dibuat melalui media jaringan sosial seperti GooglePlus, Facebook, Twitter dan lain-lain.

Cara yang lebih baik ialah dengan membuka laman web untuk koleksi barangan antik anda sendiri. Anda boleh membuka jualan online anda sendiri yang khusus dalam barangan antik bagi memudahkan pencariak dibuar oleh para pencari barang antik dan membolehkan mereka mengadakan forum jualbeli melalui chat.
Melalui promosi internet and dapat menjangkau pasaran ke serata dunia.

Berapakah keuntungan yang mampu anda perolehi daripada hasil perniagaan barang antik?

Biasanya para penjual barang antik ini menyifatkannya sebagai hobi, maka kepuasan para pengumpul bukan atas keuntungan semata-mata, tetapi juga kepuasan hati sendiri.

Nah, begitulah beberapa tips yang dapat saya kongsikan dengan anda yang ingin memulakan perniagaan barang antik, dan jangan terkejut jika seorang pengusaha perniagaan barang antik dapat memperolehi tawaran pembelian sesuatu barang hingga mencecah ribuan ringgit. Semoga tips memulakan perniagaan barang antik ini berguna bagi anda.